My Personal Site

Home

About Me
Contact Me
MyFamily
MRSM PC
KMNS
UM
Photos
CoolSite
Ajaib
SongsLyric
7Wonders
Renungan
Petua
Renungan

Enter subhead content here

PERSOALAN DAN JAWAPANNYA berdasarkan AlQuran
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamuorg2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dr Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

6 PeRsOaLaN HiDuP...
 
Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185)
 
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
 
Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
 
Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya. 
 
Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya. Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.

Tanda-Tanda KeMaTiAn.
 
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
>Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
>dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
>bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
 
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
 
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
 
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
>membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
 
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
 
>WALLAHUA`LAM

Titipan bersama:
Rasulullah bersabda yang mafhumnya:
Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak?
Benar Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti ada padang
pasir akan disuburkan dan tanam dengantanam-tanaman. Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai
buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang
pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.
Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:
Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq
di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.
Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum
Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan
Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban.
Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan
Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata
Rasulullah seterusnya.
Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati.
Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan
tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.
Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq
(Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat
Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan
menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan
- Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang
paling besar dalam sejarah jagat manusia.
Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini?
Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran,
satu pertiga lagi musnah,
 satu pertiga lagi menang.
Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya:Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur.
Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang
mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi. Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh
Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat.
Adakah anda seorang Islam yang pengecut kerana terlalu hayal dengan kemewahan hidup di dunia ini ataupun anda seorang Islam yang berani kerana betul-betul beriman pada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?
Adakah anda sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya untuk sementara sahaja dan kehidupan di akhirat adalah untuk selama-lamanya?
Lihat diri anda dicermin dan tanya adakah anda seorang Islam yang betul-betul beriman ataupun anda
hanya seorang hipokrit yang sekular berminat dengan cara hidup orang-orang kafir?
Bersedialah untuk menghadapi peperangan dengan berani dan penuh semangat wahai orang-orang Islam, mudah-mudahan Allah s.w.t. akan memberi kemenagan kepada umat Islam, Insya'Allah...

Enter supporting content here